Aktress cantik molek Hannah Delisha menafikan dakwaan dia kini bermasam muka dengan pelakon Syafiq Kyle seperti yang heboh diperkatakan ramai ketika ini.
Hannah memberitahu, hubungannya dengan Syafiq juga masih baik sejak bergandingan dalam drama bersiri Mencintaimu Mr Photographer sampailah sekarang.
“ Biar saya terus terang, saya dan Syafiq hanya rapat sebagai rakan artis sejak bergandingan dalam drama bersiri itu.
“ Realiti cuma netizen yang mengharapkan kami bercinta kerana keserasian dalam drama berkenaan.
“ Tetapi kami tiada hubungan istimewa pun dan saya juga masih selesa dengan status solo lagi,” katanya kepada Harian Metro.
Hannah yang engulas dakwaan dirinya enggan menjayakan sesi promosi filem Langsuir bersama Syafiq pula, katanya, dia turut menafikan cerita yang tersebar itu.
“ Saya adalah pelakon utama filem Langsuir pastinya saya mahu menjayakan promosi filem seram arahan pengarah terkenal Osman Ali itu.
“ Namun sayangnya, saya sering tidak dapat menjayakan sesi fotografi yang diatur bersama Syafiq kerana terikat dengan penggambaran drama bersiri Alamatnya Cinta ketika ini,” katanya.
Tambah Hannah pada masa sama, dia dan Syafiq masing-masing juga bersikap profesional ketika bekerja.
“ Apa yang sebenarnya adalah, kami juga tidak suka mencampuradukkan antara urusan karier seni dan peribadi,” katanya.
Sementara mengulas tentang filem filem Langsuir pada April lalu, Hannah akui momentum gandingannya dengan Syafiq Kyle masih kuat dan tidak perlu bimbang.
“ Ikutkan saya tidaklah bimbang sangat kerana ramai yang menyokong kami sejak digandingkan dalam drama bersiri Mencintaimu Mr Photographer,” katanya.
Tambah Hannah, dia yang sering berinteraksi dengan peminatnya tahu ramai menantikan kehadiran filem sulung lakonannya itu.
“ Saya dan Syafiq ada rancangan tersendiri. Ada peminat saya dan Syafiq sememangnya menantikan kehadiran filem ini di pawagam,” katanya.
Mengulas mengenai filem pertamanya itu, ia umpama pengalaman baru buat pelakon dari Singapura ini.
“ Ada babak berat dalam filem ini. Saya membawa watak sebagai Suri yang memerlukan menjadi langsuir dan manusia biasa.
“ Ianya pengalaman yang saya dapat daripada penggambaran filem Langsuir adalah apabila berpeluang meneroka pelbagai tempat baru dan terpencil yang sangat mencabar,” katanya.
Berkonsep genre romantik seram, Langsuir mengambil beberapa lokasi terpencil di Langkawi sebagai lokasi penggambaran.
“ Saya rasa kerana lokasinya sedikit ‘keras’, ada beberapa gangguan yang tidak keterlaluan dan kejadian aneh.
“ Tapi, semuanya berjalan dengan lancar. Saya lagi bimbangkan bahaya fizikal berbanding perkara ‘spiritual’,” katanya.
Bercakap engenai penjiwaan watak sebagai Suri, Hannah ada caranya yang tersendiri.
“ Jadi saya perlu kekalkan jiwa saya sebagai Suri walaupun di luar set. Ketika waktu rehat, saya banyak duduk menyendiri dan memandang pemandangan. Sesekali saya nyanyikan lagu Jawa dan mendengar gamelan.
“ Lagi pula dalam kepala, saya sentiasa berfkir mengenai latar belakang, kehidupan dan tempat tinggal Suri yang memang lain daripada manusia biasa,” katanya.